Kami mengubah tanah-tanah kereta api menjadi ruang yang hidup, tempat untuk masyarakat tinggal, bekerja dan meneroka.
Bagi RAC, setiap stesen bukan sekadar tempat persinggahan tetapi juga sebuah destinasi. Unit Harta RAC memainkan peranan penting dalam menghidupkan kawasan ini menjadi komuniti yang dinamik, di mana perumahan, perniagaan dan ruang awam digabungkan secara harmoni dengan rangkaian rel negara.
Dengan pengalaman dalam perancangan bandar dan pembangunan hartanah, kami memanfaatkan warisan serta infrastruktur unik kereta api Malaysia untuk memberi nafas baharu. Daripada kerja pemuliharaan Stesen Kereta Api Kuala Lumpur, menghidupkan semula Bangunan Keretapi Melayu di Georgetown sehinggalah pembangunan baharu berkonsepkan Transit-Oriented Development (TOD) di Seremban Sentral, kami melihat rangkaian kereta api sebagai jambatan yang menyatukan masyarakat dan menggerakkan negara ke arah masa depan yang lebih baik secara bersama.
Matlamat kami mudah: menghubungkan manusia, tempat dan peluang melalui pembangunan berasaskan rel. Dengan kerjasama agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan rakan swasta, kami berusaha membentuk Malaysia yang lebih mampan, inklusif dan saling berhubung.
Selain di sepanjang landasan kereta api, RAC turut memajukan tanah di lokasi berpotensi tinggi di seluruh negara melalui projek yang memberi manfaat kepada masyarakat.
Pembangunan ini sama ada untuk perumahan, kegunaan komersial atau kemudahan awam membawa faedah jangka panjang kepada rakyat Malaysia dengan mengoptimumkan aset tanah negara secara bertanggungjawab.
Setiap projek mencerminkan keyakinan kami bahawa tanah milik kereta api, termasuk yang terletak di luar kawasan stesen, tetap berpotensi menjana nilai sosial, ekonomi dan alam sekitar untuk negara.
Projek TOD kami dibina berasaskan rangkaian kereta api di Malaysia, menjadikan kawasan berhampiran stesen sebagai pusat komuniti yang hidup dan saling berhubung.
Di sini, rumah, pejabat, kedai dan ruang awam disatukan dengan kemudahan tren supaya orang ramai boleh tinggal, bekerja dan bergerak dengan lebih mudah.
Dari Seremban Sentral hingga Ipoh Sentral, setiap projek menunjukkan usaha RAC untuk meningkatkan kemudahan perjalanan, mengurangkan kesesakan dan menjadikan setiap stesen sebagai destinasi yang menarik.