OACP RAC 2022 - 2026
Pelan Organisasi Antirasuah (OACP) RAC 2022–2026 dibangunkan selaras dengan aspirasi Kerajaan yang digariskan dalam Pelan Antirasuah Nasional (NACP). Pelan ini merupakan inisiatif mandatori di bawah Strategi 2: Memperkukuhkan Kecekapan Penyampaian Perkhidmatan dalam Sektor Awam, bertujuan memperkukuh tadbir urus, integriti dan ketelusan dalam pelaksanaan fungsi serta perkhidmatan RAC.
PELAKSANAAN OACP RAC
Pelaksanaan OACP RAC telah bermula pada Julai 2021 dan berjaya disiapkan sepenuhnya serta diluluskan oleh Lembaga Pengarah RAC pada Oktober 2022. Pelan ini menjadi rujukan strategik organisasi dalam usaha mencegah rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan secara bersepadu dan sistematik.

OBJEKTIF UTAMA PELAKSANAAN OACP RAC
Menyediakan kerangka tindakan pencegahan yang jelas dan berkesan dalam menangani isu serta risiko rasuah dalam organisasi
Memperkukuh budaya kerja berintegriti dan beretika melalui sistem pentadbiran yang cekap, telus dan berlandaskan nilai profesionalisme
Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama warga RAC dalam usaha membanteras rasuah
Meningkatkan keyakinan pemegang taruh serta masyarakat terhadap perkhidmatan yang disediakan oleh RAC
BIDANG UTAMA OACP RAC
Bidang Khidmat Pengurusan
Bidang Pentadbiran, Polisi dan Penguatkuasaan
Bidang Kewangan, Audit dan Kawal Selia Aset
Bidang Komersial dan Pembangunan
Seiring dengan pelaksanaan OACP RAC 2022–2026 serta perkembangan dasar antirasuah di peringkat nasional, RAC akan meneruskan usaha pembaharuan Pelan Antirasuah Organisasi melalui pelaksanaan OACP 2.0 RAC yang dijadualkan bermula pada tahun 2026. Inisiatif ini akan dilaksanakan di bawah kerangka Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024–2028, dengan penekanan khusus terhadap pengukuhan dan pemantapan sistem kerja RAC yang berlandaskan prinsip integriti, tadbir urus yang baik dan akauntabiliti organisasi, bagi memastikan kelestarian kecekapan penyampaian perkhidmatan serta peningkatan kepercayaan pemegang taruh dan masyarakat.
RAC sentiasa komited untuk menegakkan nilai integriti, ketelusan, kesaksamaan dan akauntabiliti dalam pengurusan serta pelaksanaan semua urusan rasminya. Sehubungan itu, sebarang salah laku, pelanggaran integriti, penyelewengan, salah guna kuasa, penipuan, rasuah serta kesalahan kewangan yang serius hendaklah dilaporkan melalui mekanisme dalaman dan saluran yang ditetapkan untuk tindakan yang teratur dan berkesan.
Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat (Whistleblowing) RAC diwujudkan sebagai mekanisme kawalan dalaman dan sistem amaran awal bagi mengenal pasti, mencegah serta mengurus risiko salah laku yang boleh menjejaskan imej, reputasi dan kelestarian organisasi. Pendedahan melalui saluran yang betul membolehkan tindakan diambil secara teratur dan mencegah berulangnya kesalahan yang sama.
Polisi ini selaras dengan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) RAC 2022–2026, khususnya di bawah Bidang Keutamaan 2: Pentadbiran, Polisi dan Penguatkuasaan, dan disokong oleh peranan Unit Integriti dan Pematuhan RAC. Polisi ini menyediakan sistem pemberitahuan maklumat yang selamat dan berkesan, menutup ruang perlakuan tidak berintegriti serta menyokong pembentukan organisasi yang cekap, beretika dan berakauntabiliti.
Polisi ini terpakai kepada warga kerja RAC, pemegang taruh, orang awam dan pihak berkepentingan yang ingin membuat pendedahan mengenai salah laku atau pelanggaran integriti oleh mana-mana individu yang dilantik oleh RAC, tanpa rasa gentar terhadap sebarang tindakan balas yang memudaratkan. Ia memastikan setiap pendedahan diuruskan secara telus, adil dan berlandaskan prinsip tadbir urus yang baik
OBJEKTIF POLISI WHISTLEBLOWING RAC
Menggalakkan pendedahan maklumat dibuat seawal mungkin secara bertanggungjawab melalui prosedur dan saluran yang betul
Mengurus dan menangani kesan pendedahan maklumat secara berperingkat dan mengikut tahap keseriusan salah laku, pelanggaran integriti serta risiko yang terlibat
Melindungi pemberi maklumat daripada sebarang bentuk tindakan balas yang memudaratkan serta memastikan kerahsiaan maklumat peribadi mereka
Menjamin keadilan kepada semua pihak dengan memastikan pemberi maklumat dimaklumkan mengenai status pendedahan, manakala pihak yang dilaporkan diberi peluang untuk menjawab tuduhan yang dikemukakan, tertakluk kepada prinsip “perlu tahu” (need to know basis).
Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat (Whistleblowing) RAC telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah RAC pada 11 Julai 2023. Kelulusan ini menzahirkan komitmen penuh pihak pengurusan tertinggi RAC dalam memperkukuh sistem tadbir urus yang berintegriti, telus dan berakauntabiliti. Ia juga menunjukkan sokongan berterusan organisasi dalam menyediakan mekanisme pendedahan yang tersusun, bagi menyokong usaha pencegahan salah laku, pelanggaran integriti dan rasuah di RAC.
Hubungi Pegawai Integriti dan Tadbir Urus melalui
Hubungi
603-8939 0200
Emel Kami
integrity[at]rac[dot]gov[dot]my