Langkau ke kandungan utama

Keseluruhan

Potensi tanah kereta api bukan sahaja terhad kepada penjanaan hasil dan pembangunan projek rel. Ia merupakan aset strategik negara yang perlu diurus secara bertanggungjawab dan mampan.

Pengurusan tanah kereta api, sama ada berstatus pegangan bebas (freehold) atau tanah rizab, dilaksanakan selaras dengan kuasa yang diberikan di bawah Seksyen 92(2), 93 dan 104 Akta Keretapi 1991 (Akta 463). Peruntukan ini membolehkan pemindahan hak milik secara statutori semua tanah kereta api yang sebelum ini dimiliki oleh pentadbiran KTM dan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (FLC) kepada RAC.

Bagi tanah kereta api berstatus pegangan bebas, proses pemindahan dilaksanakan melalui pemindahan statutori menggunakan Borang 30A di bawah Seksyen 415(1)(a) Kanun Tanah Negara 1965 (KTN 1965).

img