Di RAC, kami komited untuk menyediakan maklumat yang jelas dan mudah diakses. Terokai Soalan Lazim (FAQ) kami untuk jawapan cepat kepada soalan-soalan yang kerap ditanya.
Dapatkan panduan penting mengenai proses, dasar dan perkhidmatan kami di bawah, bagi membantu anda memahami cara RAC beroperasi serta bagaimana untuk berurusan dengan lebih berkesan dan yakin.
Pilih Soalan Lazim (FAQ) berdasarkan unit kami
Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi RAILS (Play Store / App Store) atau laman web www.rails.gov.my.
Permohonan diproses dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
Berdasarkan formula 1+2 daripada kadar sewa semasa
Maksimum 3 tahun dan boleh dipertimbangkan untuk lanjutan
Invois akan dihantar melalui e-mel secara bulanan dan sekiranya tiada invois diterima, sila hubungi talian Hotline Unit Kredit & Pemantauan (UKP) di talian 019-2930691.
Pembayaran melalui RAILS adalah digalakkan namun penyewa juga boleh membuat pembayaran secara Electronic Fund Transfer (EFT) melalui akaun XXXXX (Bank XXXX).
Bayaran perlu dibuat sebelum atau pada 7hb setiap bulan.
Sila hubungi Unit Kredit & Pemantauan (UKP) di talian 019-2930691
Ya, penalti akan dikenakan jika bayaran dibuat selepas tarikh ditetapkan pada kadar XXXX .
Ya. Cadangan jualan runcit untuk tempoh jangka pendek atau bermusim dialu-alukan tertakluk kepada ketersediaan.
Pagination
Di bawah Seksyen 89 (2) Akta Keretapi 1991 [Akta 463], YB Menteri Pengangkutan diberi kuasa untuk melantik Ahli Lembaga Pengarah RAC.
Di bawah Seksyen 89 (2) Akta Keretapi 1991 [Akta 463], Ahli Lembaga Pengarah hendaklah terdiri daripada ahli yang berikut:
- seorang wakil Kementerian Pengangkutan;
- seorang wakil Perbendaharaan;
- seorang wakil Unit Perancang Ekonomi;
- Persuruhjaya Tanah Persekutuan;
- Pengurus Aset Keretapi yang hendaklah menjadi anggota ex officio; dan
- tidak lebih daripada dua orang anggota lain.
Di bawah Seksyen 89 (3) Akta Keretapi 1991 [Akta 463], YB Menteri Pengangkutan diberi kuasa untuk melantik pengerusi dikalangan Ahli Lembaga Pengarah RAC.
Di bawah Seksyen 89(5) Akta Keretapi 1991 [Akta 463], pengerusi dan empat orang Ahli Lembaga Pengarah bagi membentuk satu kuorum di sesuatu mesyuarat.
- RAC bertanggungjawab sebagai pemilik dan pengurus aset seperti bangunan, sistem kejuruteraan, dan struktur di stesen. Fokus utama adalah memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna.
- KTMB pula bertanggungjawab terhadap operasi harian, kebersihan, kemudahan pengguna (tandas, surau, laluan, dan sebagainya), serta tindakan segera ke atas sebarang gangguan operasi di stesen.
RAC mengurus kemudahan berkaitan sistem mekanikal, elektrikal, struktur, pembersihan dalaman dan luaran, landskap, kawalan makhluk perosak dan keselamatan.
Laporkan kepada kakitangan KTMB yang bertugas di stesen.
RAC menyelia kontraktor untuk penyelenggaraan berkala. KTMB bertindak sebagai pelapor dan pemantau operasi harian.
Ya. Antara inisiatif yang dijalankan:
- Penggunaan tenaga cekap dan boleh diperbaharui
- Sistem penjimatan tenaga (lampu LED, MVAC pintar)
- Pengumpulan air hujan dan bahan mesra alam
- Usaha kitar semula
Ya. RAC menjalankan penyelenggaraan jangka panjang dan naik taraf berdasarkan laporan KTMB serta keperluan semasa.
Melalui audit, penilaian risiko dan laporan berkala yang selaras dengan piawaian pihak berwajib seperti BOMBA, JKKP dan JKR. KTMB mematuhi SOP berdasarkan infrastruktur sedia ada.
Boleh. RAC melantik kontraktor/perunding luar melalui tender atau sebut harga terbuka dengan pemantauan ketat terhadap kualiti dan spesifikasi keselamatan.
Melalui indikator seperti:
- Tahap kepuasan pelanggan
- Masa penyelesaian aduan
- Penjimatan tenaga
- Pemantauan aset kritikal
- Laporan audit/pemeriksaan lapangan
Bahagian Pengurusan Fasiliti, RAC
📧 infra@rac.gov.my
📞 +603 – 8939 0200
🕘 Isnin – Jumaat (9:00 pagi – 5:00 petang)
Saluran rasmi untuk menghubungi pegawai RAC adalah melalui panggilan telefon, e-mel rasmi, laman web dan surat menyurat. Selain itu, maklumat terperinci pegawai seperti nombor telefon sambungan dan alamat e-mel boleh diperoleh melalui direktori kakitangan (Staff Directory) yang turut disediakan di laman web rasmi RAC.
Permohonan jawatan kosong boleh dibuat melalui portal pengambilan kakitangan ejawatan@rac.gov.my. Semua permohonan hendaklah dibuat mengikut tatacara yang ditetapkan dalam iklan.
Keputusan temu duga bagi sesi pengambilan akan dimaklumkan kepada calon dalam tempoh antara tiga (3) hingga enam (6) bulan selepas tarikh temu duga dilaksanakan.
Calon yang berjaya akan dihubungi melalui panggilan telefon dan/atau e-mel. Sekiranya tiada sebarang maklum balas diterima selepas tempoh tiga (3) bulan daripada tarikh tersebut, maka permohonan dianggap tidak berjaya.
Maklumat pengambilan akan dinyatakan dengan jelas dalam iklan jawatan kosong. Sekiranya jawatan tersebut diiklankan di bawah nama Perbadanan Aset Keretapi (RAC), maka ia adalah pengambilan oleh agensi induk.
Sekiranya jawatan ditawarkan oleh RAHSB atau menggunakan logo serta butiran anak syarikat, maka ia adalah pengambilan di bawah RAH. Sekiranya terdapat kekeliruan, pemohon digalakkan untuk merujuk terus kepada alamat e-mel atau nombor telefon yang dinyatakan dalam iklan untuk pengesahan lanjut.
Ya. Permohonan latihan industri boleh dikemukakan melalui surat rasmi dan/atau e-mel dengan mengemukakan resume dan dokumen sokongan kepada Unit Sumber Manusia.
Permohonan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya dua (2) bulan sebelum tarikh mula latihan industri. Kelulusan adalah tertakluk kepada kekosongan dan kesesuaian penempatan dan bidang pengajian pelajar.
RAC mengalu-alukan sebarang jemputan kerjasama strategik yang melibatkan pembangunan modal insan atau pemerkasaan sumber manusia.
RAC (Railway Assets Corporation)
Perbadanan Aset Keretapi atau lebih dikenali sebagai RAC adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pengangkutan (MOT) yang bertanggungjawab sebagai pemilik, pengurus dan perancang perniagaan bagi menterjemah aset-aset kereta api yang dibiayai Kerajaan kepada sesuatu harta yang bernilai dan mampu menjana pendapatan berterusan untuk Kerajaan. RAC ditubuhkan bagi membantu industri kereta api di Malaysia berkembang maju dan berdaya saing serta setanding dengan industri kereta api di negara-negara maju.
RAH (Railway Asset Holding Sdn. Bhd.)
Railway Asset Holding (RAH) merupakan anak syarikat milik penuh RAC yang berstatus Syarikat Sendirian Berhad. RAH tidak memiliki atau menguasai aset secara langsung, tetapi ditubuhkan bagi melaksanakan aktiviti pembangunan dan pengkomersialan aset RAC secara lebih fleksibel dan responsif terhadap keperluan pasaran. RAH juga berfungsi sebagai pelaksana projek-projek strategik, termasuk yang melibatkan kerjasama pelabur swasta menerusi model Perkongsian Awam–Swasta (PPP).
Aplikasi mudah alih RAILS adalah sistem yang membolehkan pengguna mengakses maklumat sewaan dan membuat bayaran sewaan secara atas talian.
Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui Google Play Store (Android) & Apple App Store (iOS). Pengguna hanya perlu mencari RAILS RAC di bahagian carian aplikasi.Shape
Setiap pengguna perlu klik Pendaftaran Baru untuk mendaftar. Selepas pendaftaran selesai, pautan pengaktifan akaun akan dihantar ke e-mel pengguna. Pengguna boleh log masuk selepas klik pautan pengaktifan tersebutShape
- Pastikan sambungan internet stabil.
- Pastikan ID pengguna dan kata laluan yang dimasukkan adalah betul
Jika masih gagal, hubungi sokongan teknikal RAC melalui 📞 03-8939 0255.
Pengguna boleh klik Lupa Kata Laluan untuk menetapkan kata laluan baharu.
Tidak perlu. Pengguna boleh menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang sama untuk log masuk ke aplikasi RAILS.
Aplikasi ini dilindungi melalui:
- Pengesahan pengaktifan akan dihantar melalui e-mel
- Penyulitan data (data encryption)
- Akses akan disekat secara automatik selepas percubaan log masuk melebihi tiga (3) kali
Ya. Pengguna boleh membuat permohonan sewa selepas mendaftar akaun melalui aplikasi ini. Permohonan sewaan boleh dibuat dengan merujuk kepada aset yang masih dipaparkan dalam menu Senarai Sewaan.
- Android: Versi 10.0 dan ke atas
- iOS: Versi 14 dan ke atas
Aplikasi ini dioptimumkan untuk telefon pintar dan tablet bersaiz skrin minimum 5 inci.
Sila hubungi : 📞 03-8939 0255.
- Tanah Hak Milik
Digunakan bertujuan perkeretapian atau pembangunan bercampur bergantung kepada syarat nyata di dalam geran hakmilik. Walau bagaimanapun keutamaan adalah kepada industri perkeretapian.
Tanah berhakmilik terbahagi kepada dua iaitu:
- Kekal
- Pajakan
- Tanah Rizab
Hanya boleh dimajukan bagi tujuan perkeretapian sahaja dan terbahagi kepada 3 iaitu:- Rizab berukur dan diwartakan
- Rizab berukur dan tidak diwartakan
- Unsurveyed and not gazetted reserve
Tanah kereta api terbahagi kepada 3 jenis iaitu:
- Tanah Poket
- Tanah keretapi yang terpisah daripada operasi keretapi.
- Dahulunya tanah ini digunakan sebagai tapak kuarters atau sebagai kawasan kuari bagi kegunaan kereta api.
- Tanah ini amat sesuai dikomersialkan mengikut kelulusan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kerana mempunyai nilai pasaran yang tinggi.
- Tanah Surplus
- Tanah yang bercantum dengan kawasan operasi kereta api sama ada digunakan atau tidak.
- Tanah ini berpotensi untuk menjana pendapatan sama ada secara sewaan, pajakan atau pembangunan yang memberi keuntungan kepada industri perkeretapian.
- Tanah Operasi
- Tanah yang terlibat sepenuhnya dengan operasi kereta api seperti di laluan keretapi (landasan) dan sebahagian kawasan stesen keretapi.
- Walau bagaimanapun, hasil boleh dijana di sepanjang landasan dengan memastikan keselamatan operasi diambil kira jika penyewaan/pajakan diberikan.
Orang awam tidak boleh mengakses kawasan tanah rizab kereta api tanpa kebenaran bertulis daripada RAC. Pencerobohan tanpa kebenaran adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Pemohon yang ingin sewa boleh membuat semakan pelan tapak/carian persendirian di pejabat tanah dan daerah kawasan berkenaan atau membeli pelan dari RAC.
Menjalankan aktiviti pemantauan ke atas tanah-tanah keretapi dari semasa ke semasa untuk mencegah pencerobohan oleh setinggan dan aktiviti komersial/pertanian.
Aduan boleh dibuat melalui:
📧 info@rac.gov.my
📞 Respon@RAC (WhatsApp): 019 200 8533
Sistem dalam talian yang digunakan RAC merangkumi aspek perolehan perkhidmatan/ bekalan termasuk pendaftaran pembekal, persiapan tender (Tender/ Sebut Harga), permintaan pembelian, muat naik tawaran, pembelian dokumen tawaran, penyerahan tawaran & pentauliahan kontrak.
Syarikat yang berminat untuk menyertai perolehan RAC perlu mendaftar melalui Tenderwizard. Fi pendaftaran bertempoh akan dikenakan. Maklumat lanjut boleh didapati di: https://www.tenderwizard.my/RAC atau hubungi talian bantuan teknikal: 03-7962 7957 / 7819 / 7947 / 7870 / 7866 / 7831.
Pihak Syarikat boleh mendapatkan maklumat tersebut melalui notis iklan yang dikeluarkan dalam laman web rasmi RAC.
Satu notis Keputusan Tender/Sebut Harga dengan maklumat nama Syarikat yang Berjaya akan dipaparkan di laman web RAC. Selain itu, SST turut akan dikeluarkan kepada Syarikat yang berjaya.
Taklimat atau lawatan tapak akan dijalankan mengikut apa yang dinyatakan dalam iklan. Namun, ia wajib diadakan bagi perolehan yang bernilai tinggi dan bersifat kompleks.
Tidak. Tempoh empat (4) bulan dikira dari tarikh SST disetuju terima oleh syarikat.
Pembekal adalah dikehendaki untuk mengembalikan SST dalam tempoh yang ditetapkan dari tarikh surat tawaran tersebut (3, 7 atau 14 hari).
Dokumen SST dan Kontrak hendaklah ditandatangani oleh pegawai yang telah diberi kuasa dengan sewajarnya secara bertulis oleh Menteri di bawah Seksyen 2 Akta Kontrak Kerajaan 1949 (Akta 120).
Arahan Perbendaharaan 169D (d) dan PP/PK 4.2 Lampiran 5 telah menetapkan Pesanan Kerajaan hendaklah dikeluarkan sebelum atau pada masa barang/perkhidmatan dipesan.
Bagi keadaan yang melibatkan perkhidmatan secara berkala/ bulanan, Pesanan Kerajaan hendaklah dikeluarkan sebelum perkhidmatan bermula atau selewat-lewatnya pada hari pertama perkhidmatan bermula pada bulan tersebut.
Selain itu, tertakluk kepada kaedah perolehan dibawah PK7, Pesanan Kerajaan boleh dikeluarkan selepas bekalan diterima khusus bagi kontrak yang telah diberikan pengecualian oleh MOF.
Syarikat perlu membuat pembayaran dengan memasukkan rujukan penerima dan butiran pembayaran. Resit perlu dikemukakan kepada e-mel perolehan@rac.gov.my dan disalinkan kepada finance@rac.gov.my. Butiran bank seperti berikut:
BANK ISLAM
16018010035388
PERBADANAN ASET KERETAPI
Pagination
- Merancang pembangunan tanah-tanah keretapi milik RAC.
- Memproses permohonan cadangan pembangunan tanah RAC oleh agensi-agensi Kerajaan/ swasta.
- Menguruskan projek bagi cadangan pembangunan yang telah memperolehi kelulusan Kerajaan.
- Memproses permohonan ulasan cadangan pembangunan tanah berjiran.
- Memberi khidmat nasihat dan lain-lain tugasan melibatkan pembangunan tanah RAC.
Memberikan khidmat nasihat berkaitan Perancangan Pembangunan tanah RAC dan menyelaras ulasan-ulasan unit dalaman dan agensi teknikal sahabat berkaitan.
Merangkumi perkhidmatan ulasan khidmat teknikal di Bahagian dalaman RAC dan ulasan ke agensi teknikal sahabat seperti berikut:
- Penerimaan Permohonan
- Pengumpulan Maklumat;
- Penyediaan Ulasan Teknikal.
- Geran Tanah pemohon
- Pelan tapak, pelan lokasi dan ringkasan data pembangunan
- Pelan Kebenaran Merancang
- Pelan Bangunan
- Pelan Ukur
- Pelan Jalan & Perparitan (final discharge, sewage, kolam tadahan dan lain-lain)
- Pelan Landskap
- Cabutan Rancangan Tempatan/ Rancangan Kawasan Khas dan sebagainya (Pelan Guna Tanah semasa dan zoning)
- Laporan kajian pembangunan
- Lot Kadaster
- Peta Orthofoto (imej ortofoto) & Google imej
- Gambar sekitar kawasan pembangunan termasuk tapak cadangan pembangunan iventori tapak
- Surat sokongan daripada agensi berkaitan
- KTMB
- JPS
- APAD
- TNB
- agensi-agensi lain yang berkaitan dengan permohonan.
Ulasan teknikal disediakan dalam tempoh 14 - 21 hari bekerja (berdasarkan kelengkapan dokumen)
Sebarang Cadangan Pembangunan perlu dihantar secara rasmi kepada RAC
Unit Rel RAC bertanggungjawab terhadap skop pengurusan berikut;
- Pengurusan dan penyelenggaraan sistem kereta api
- Pelupusan dan penjualan mata benda terpakai
- Pengurusan dan penyelenggaraan stok kereta (rolling stock)
- Penyewaan jentera penyelenggaraan landasan dan talian atas
- Pengurusan dan pembangunan projek kereta api
Ya, jentera dan mesin di bawah boleh disewakan. Kadar yang dikenakan adalah mengikut hari. Berikut adalah senarai jentera dan mesin:
| 08-2SGS | Switch and Track tamping machine | RM37,000.00 |
| 09-32 CSM | Duomatic tamping / plain track | RM37,000.00 |
| PBR400R | Ballast regulator | RM17,000.00 |
| 74-RM | Ballast cleaner BRU | RM26,200.00 |
| EM 120 | Track recording car | RM37,800.00 |
| DGS 62N | Track Stabilizer/DTS | RM9,500.00 |
| JY 100A | Trolley with 3Ton crane | RM9,500.00 |
| PBR 50 | Ballast regulator | EM17,000.00 |
| 08-3SGS | Unimat tamping machine/turnout | RM28,000.00 |
| 09-32 CSM | CSM tamping machine/turnout | RM28,000.00 |
| 08-16GR | GR tamping machine/guard rail | RM28,000.00 |
| TG80 | Multipurpose | RM12,200.00 |
| EM80HU | Rail flaw detection vehicle/ultrasonic detection vehicle | RM28,200.00 |
| EM120T | Track inspection and recording car | RM37,800.00 |
| RM74 | Ballast cleaning machine | RM26,200.00 |
| MFS 25 | Material conveyor wagon | RM9,500.00 |
| TROLI KOREA | High powered trolley | RM9,500.00 |
| BEB* | Bogie ballast hopper wagon | RM500.00 |
| BRW & BRW-RUD | Bogie rail wagon and unloading wagon | RM950.00 |
| RRV | Road rail vehicle | RM9,000.00 |
| ESD 007-012 | Ocs catenary machine with catenary eye | RM42,000.00 |
| ESD 013-017 | OCS Catenary Machine | RM42,000.00 |
Cara sewa: Hantar surat rasmi kepada RAC nyatakan jenis jentera, jumlah unit, tarikh & tempoh sewaan. RAC akan semak & keluarkan Surat Setuju Terima (SST) beserta butiran kos.
Hantar surat rasmi kepada RAC dengan menyatakan jenis bahan, jumlah unit & tarikh pengambilan (sekurang-kurangnya seminggu lebih awal, tidak termasuk Sabtu, Ahad & cuti umum). RAC akan semak & keluarkan dokumen serta butiran kos pembelian.
Menurut Akta Keretapi 1991, semua aset berkaitan kereta api termasuk stok kereta (rolling stock) selepas 1992 adalah milik RAC.
Kemukakan surat rasmi kepada RAC dengan butiran lengkap kawasan pembinaan, termasuk Penilaian Impak Trafik (TIA). Permohonan akan disemak & diselaraskan oleh RAC sebelum tindakan lanjut.
📧rel@rac.gov.my
QLC
CLQ bermaksud Centralised Labour Quarters, yang direka untuk menempatkan pekerja berhampiran dengan projek kereta api atau hab industri.
RAC menyediakan tanah untuk disewa kepada pemaju hartanah yang ingin membina dan mengendalikan Centralised Labour Quarters (CLQ).
Tidak. RAC hanya menyewakan tanah. Pemaju yang dilantik akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk pembinaan, pengurusan dan operasi.
Pemaju hartanah yang mempunyai pengalaman dalam pembangunan perumahan pekerja, penginapan atau pembangunan yangserupa digalakkan untuk memohon.
Tanah CLQ tersedia di sepanjang koridor kereta api yang terpilih dan zon infrastruktur. Hubungi RAC untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai tapak yang tersedia.
Biasanya tempoh sewa adalah sehingga 30 tahun, bergantung pada skala projek dan cadangan.
Pemohon perlu mengemukakan cadangan yang komprehensif, profil syarikat serta menunjukkan kapasiti kewangan dan teknikal.
Ya. Pemaju boleh menjana pendapatan dengan menyewakan unit kepada kontraktor atau syarikat yang memerlukan penginapan pekerja.
Penyewaan semula adalah dilarang sama sekali. Pemaju mesti menguruskan operasi CLQ secara langsung.
Ya. Reka bentuk CLQ yang dicadangkan mesti mematuhi peraturan perumahan pekerja, piawaian keselamatan dan garis panduan pembangunan RAC.