Di RAC, kami komited untuk menyediakan maklumat yang jelas dan mudah diakses. Terokai Soalan Lazim (FAQ) kami untuk jawapan cepat kepada soalan-soalan yang kerap ditanya.
Dapatkan panduan penting mengenai proses, dasar dan perkhidmatan kami di bawah, bagi membantu anda memahami cara RAC beroperasi serta bagaimana untuk berurusan dengan lebih berkesan dan yakin.
Pilih Soalan Lazim (FAQ) berdasarkan unit kami
RAC memberi keutamaan kepada pembangunan logistik, pertanian, infrastruktur EV, komersial serta pembangunan berorientasikan transit.
Secara amnya pemohon perlu mengemukakan surat permohonan rasmi beserta cadangan, profil perniagaan dan penyata kewangan.
Penyewaan semula tidak dibenarkan kecuali jika dinyatakan secara jelas dalam perjanjian dengan RAC.
Ya. Penyewaan untuk jangka masa pendek dibenarkan, tertakluk kepada kelulusan dan pematuhan yang ditetapkan.
Yes. RAC accepts land development proposals under strategic partnerships or profit-sharing models.
Yes. RAC menggalakan cadangan pembangunan berasaskan hijau dan kelestarian.
Cadangan pembangunan dinilai berdasarkan kebolehlaksanaan, pematuhan, manfaat kepada RAC dan potensi jangka panjang.
Pada masa ini, RAC hanya mengenakan sewa bulanan secara tetap dan kadar yang dikenakan merujuk kepada Buku Kadar yang telah diluluskan.