Langkau ke kandungan utama

Pelupusan Aset

Pengenalan

Pelupusan aset kereta api dijalankan berdasarkan penilaian untuk memastikan keselamatan, kecekapan dan keberkesanan kos. Aset dilupuskan apabila ia:

Tidak selamat untuk digunakan

Gagal mencapai tahap perkhidmatan atau fungsi yang ditetapkan

Mempunyai kos operasi dan penyelenggaraan yang tidak ekonomik

Tidak lagi diperlukan untuk pembangunan baharu

Tidak memenuhi reka bentuk dan tujuan perundangan


Kaedah pelupusan ditentukan berdasarkan klasifikasi dan jenis aset seperti yang dinyatakan dalam Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih Kerajaan.

Kaedah Pelupusan

Demolition

Pelupusan secara roboh atau musnah

Sale

Pelupusan melalui jualan

Donation

Pelupusan secara hadiah atau sumbangan


Aktiviti pelupusan adalah penting dalam membantu Kerajaan/RAC mengurangkan kos penyelenggaraan bagi aset yang tidak lagi ekonomik, di samping memastikan aset kerajaan diuruskan dengan lebih cekap dan berkesan. 
Antara aset kereta api yang dilupuskan termasuklah:

Bangunan dan struktur lama

Landasan keretapi terpakai Gred B dan ke bawah

Kayu dan konkrit landasan terpakai

Peralatan landasan terpakai

 

Pelupusan Aset

Selain daripada pelupusan secara jualan, RAC juga turut melaksanakan kaedah pelupusan secara sumbangan atau hadiah kepada agensi atau badan-badan Kerajaan.

Antara agensi dan badan-badan Kerajaan yang telah diberi kebenaran untuk mendapatkan sumbangan sepanjang 2024 adalah Pesuruhjaya Pengakap Daerah Jempol, 7 Kompeni Kor Ordinan Diraja, (7KOD), 18 Rejimen Askar Melayu Diraja (Para) (18RAMD (PARA)) dan Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK). Antara tujuan permohonan sumbangan ini adalah bagi kegunaan kem latihan tentera, keceriaan landskap di tempat-tempat awam.

Assets Disposal