Kami sedang mencari individu yang bersemangat dan berwawasan untuk menyertai pasukan dinamik di Perbadanan Aset Keretapi (RAC).
Jika anda bersedia untuk melangkah ke peringkat seterusnya dalam kerjaya dan menyumbang kepada organisasi yang progresif, kami menjemput anda menghantar CV anda.
Kekosongan Jawatan
RAC mengalu-alukan pelajar daripada pelbagai bidang untuk menyertai Program Latihan Industri kami.
Program ini memberi peluang kepada pelajar: memperoleh pengalaman praktikal, membangunkan kemahiran profesional dan memahami operasi industri pengurusan aset kereta api Malaysia.
Pelajar akan bekerja bersama profesional berpengalaman dan terlibat dalam projek sebenar.
Senarai Semak Permohonan Latihan Industri:
Resume / CV terkini
Transkrip akademik terkini
Surat permohonan rasmi atau surat permintaan universiti
Salinan Kad Pengenalan (NRIC)
Salinan Kad Pelajar
Maklumat hubungan (emel dan nombor telefon)
Kami berharap dapat menerima permohonan anda.