Langkau ke kandungan utama

Sesi Penyerahan Projek Lif Di Stesen Sungkai Dan Slim River

RAC hari ini melaksanakan sesi penyerahan projek lif di dua (2) buah stesen iaitu Stesen Sungkai dan Slim River bersama kontraktor yang terlibat.

SUNGKAI, 25 Julai 2025 – RAC hari ini melaksanakan sesi penyerahan projek lif di dua (2) buah stesen iaitu Stesen Sungkai dan Slim River bersama kontraktor yang terlibat.

Projek yang bernilai RM4.9 juta ini dimulakan pada November 2023 dan melibatkan pemasangan dua (2) unit lif di setiap stesen kereta api bagi kemudahan golongan OKU, warga emas dan ibu mengandung.

Inisiatif yang diambil RAC ini adalah bagi menyokong mandat YB Menteri Pengangkutan untuk menyediakan kemudahan lif yang selesa dan selamat di semua stesen kereta api.

Lif ini telah siap sepenuhnya dan kini menunggu kelulusan CCC daripada PBT sebelum dibuka kepada orang awam.

 
Compiled from: