Langkau ke kandungan utama

Pelancaran Perkhidmatan ET3 Oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-pertuan Agong Sultan Ibrahim

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan melancarkan perkhidmatan ETS3 ke Stesen Kluang.

KLUANG, 23 Ogos 2025 - Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan melancarkan perkhidmatan ETS3 ke Stesen Kluang. Program ini adalah anjuran bersama Kementerian Pengangkutan dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Perbadanan Aset Keretapi (RAC) dan Rail Divison YTL.

Seri Paduka Baginda kemudiannya berkenan memandu sendiri tren khas ETS3 daripada Stesen Keretapi Kuala Lumpur ke Stesen Keretapi Kluang dengan tempoh perjalanan kira-kira 3 jam 27 minit.

Selain itu, Seri Paduka Baginda turut merasmikan Laman Rel Mahkota sebuah taman awam ikonik sepanjang 2.8 kilometer di bawah jajaran Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas–Johor Bahru.

Laman ini masih mengekalkan identiti warisan Kereta Api Kluang sejak 1909 dengan elemen asal seperti papan tanda lama dan landasan, digabungkan dengan elemen moden seperti landskap hijau, seni komuniti, kemudahan mesra keluarga serta ciri digital interaktif.

Taman ini akan mula dibuka kepada orang ramai pada 25 Ogos 2025 setiap hari bermula pukul 6.00 pagi hingga 9.00 malam.

Sumber Foto: @officialsultanibrahim

 
Compiled from: