Langkau ke kandungan utama

Lawatan Tapak Ke Stesen Keretapi Kuala Lumpur Oleh Ketua Pegawai Eksekutif RAC

YBhg. Dato’ Azhar Bin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif RAC turun padang meninjau perkembangan terkini kerja-kerja pembaikan dan pemulihan Fasa 1 Stesen Keretapi Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR, 5 Ogos 2025 - YBhg. Dato’ Azhar Bin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif RAC turun padang meninjau perkembangan terkini kerja-kerja pembaikan dan pemulihan Fasa 1 Stesen Keretapi Kuala Lumpur.

Berikut adalah skop kerja yang terlibat;

  • Kerja-kerja pemulihan dan mengecat semula dinding fasad bangunan;
  • Kerja-kerja pembaikan dan pemulihan pada soffit dan hujung bumbung chatri;
  • Kerja-kerja pembaikan luaran berkaitan; dan
  • Kerja-kerja pembaikan laluan terowong bawah tanah (underpass).

Lawatan ini bertujuan untuk menilai kemajuan fizikal projek serta memastikan pelaksanaan kerja berjalan mengikut jadual dan piawaian yang ditetapkan.

RAC komited dalam usaha memulihara bangunan warisan dengan mendukung inspirasi Program Transformasi Daerah Kreatif dan Kebudayaan Kuala Lumpur (KLCCD) dalam merealisasikan insiatif Program Transformasi Warisan KL menjelang Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026.

 
Compiled from: