Langkau ke kandungan utama

Pahlawan Enterprise

Pahlawan Enterprise
Legasi Perniagaan yang Kekal Relevan

Pahlawan Enterprise, milik Encik Mohan, merupakan perniagaan kiosk serbaneka yang telah beroperasi sejak tahun 1975. Perniagaan ini diwarisi daripada generasi terdahulu dan terus berkembang sebagai sebuah legasi keluarga yang kukuh. 

Peralihan pengurusan daripada KTM kepada Perbadanan Aset Keretapi (RAC) telah memberikan pengalaman yang lebih sistematik dan lancar, khususnya dalam aspek pentadbiran dan pengurusan bayaran. 

Sepanjang tempoh operasi lebih lima dekad, perniagaan ini menunjukkan prestasi yang stabil. Peningkatan penggunaan pengangkutan kereta api dalam kalangan masyarakat turut memberi impak positif kepada aliran pelanggan. 

Hubungan erat dengan komuniti setempat serta sokongan padu daripada pihak RAC menjadikan persekitaran perniagaan lebih harmoni dan kondusif. Malah, layanan mesra dan profesional daripada kakitangan RAC turut meningkatkan keyakinan penyewa. 

Dalam perancangan masa hadapan, Pahlawan Enterprise bercadang untuk melakukan renovasi bagi memberikan imej baharu yang lebih segar dan selari dengan perkembangan semasa.