Kacang Putih Corner
From Traditional Business to a Tourist Attraction
Kacang Putih Corner yang diusahakan oleh Puan Kathleen A/P Cyril merupakan antara contoh kejayaan usahawan kecil yang berkembang di bawah platform Perbadanan Aset Keretapi (RAC). Perniagaan makanan ringan tradisional ini telah beroperasi selama tujuh (7) tahun dan terus menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan.
Di bawah pengurusan RAC, penambahbaikan telah dilaksanakan melalui pelaksanaan kontrak sewaan yang lebih teratur serta penyediaan kemudahan pushcart yang lebih kemas dan profesional. Perubahan ini bukan sahaja meningkatkan imej perniagaan, malah turut memudahkan operasi harian.
Pemilihan lokasi di stesen keretapi terbukti strategik, khususnya dengan permintaan tinggi dalam kalangan pelancong terhadap produk Kacang Putih Ipoh. Tambahan pula, inisiatif Tahun Melawat Malaysia 2026 turut membuka peluang lebih luas untuk menarik pelanggan domestik dan antarabangsa.
Kini, perniagaan ini semakin dikenali ramai, termasuk mendapat pendedahan melalui media sosial apabila pelanggan berkongsi pengalaman mereka secara dalam talian. Dengan sokongan persekitaran perniagaan yang mesra serta khidmat pelanggan RAC yang cekap, Kacang Putih Corner terus berkembang sebagai sumber pendapatan utama yang stabil.