Langkau ke kandungan utama

E&F VENTURES (Food & Beverage)

E&F VENTURES (Makanan & Minuman )
Penyewa: Fatin Amalina binti Zanil Abidin
Daripada Perniagaaan Online ke Premis Fizikal Berimpak Tinggi

E&F Ventures merupakan sebuah perniagaan makanan dan minuman yang menawarkan hidangan pantas serta ringkas, khusus untuk memenuhi keperluan pengguna pengangkutan awam. Perniagaan ini telah mula beroperasi di premis Perbadanan Asetk Keretapi (RAC) sejak tahun 2019, iaitu sebelum era pandemik COVID-19. 

Sebelum ini, perniagaan dijalankan sepenuhnya secara atas talian. Namun, bagi memperluaskan jenama dan meningkatkan kehadiran fizikal, penyewa telah mengambil keputusan untuk beralih ke premis fizikal telah direalisasikan melalui penyewaan Pushcart RAC sebagai platform perniagaan. Pemilihan lokasi RAC dibuat berdasarkan kedudukannya yang strategik serta aliran pengguna yang tinggi dan konsisten. 

Sepanjang tempoh penyewaan, penyewa telah mencatatkan perkembangan yang memberangsangkan, khususnya dari segi peningkatan pendedahan produk dan jumlah jualan. Kehadiran pelanggan yang tinggi telah menyumbang kepada keuntungan yang stabil dan mampan. 

Dari segi operasi, proses permohonan dan kemasukan adalah lancar dengan sokongan responsif daripada pihak RAC. Selain itu, penyewa turut menyatakan bahawa persekitaran perniagaan yang positif serta sistem pengurusan yang teratur, termasuk sistem pembayaran, telah membantu dalam kelancaran operasi harian. 

Melangkah ke hadapan, penyewa berhasrat untuk mengembangkan lagi perniagaan dengan membuka lebih banyak kiosk di bawah seliaan RAC. Malah, penyewa turut mengesyorkan peluang penyewaan RAC kepada usahawan lain tanpa sebarang keraguan. 

RAC selaku pihak pengurusan nampak usaha keras penyewa dalam memajukan perniagaan dan telah memilih penyewa untuk menjadi antara usahawan pilihan RAC dalam Anugerah Apresiasi Bumiputra. Diharapkan di masa hadapan, banyak lagi pencapaian dapat penyewa capai dalam pelbagai penganugeran lain.